Story & Testimonial

The unique and nurturing atmosphere of TMC is best captured through the stories and testimonials of our parents, teachers, and students, who share their experiences of growth, joy, and discovery.

TMC’s journey comes to life through the stories and testimonials of those who know it best—our parents, teachers, and students! Their experiences reflect the positive impact of our learning environment, showcasing the growth, joy, and connections that make TMC special.

Stay tuned.......coming soon.......

Student Story

Stay tuned......coming soon.......

Parents' Feedback

"Saat tiba waktunya perpisahan, ingatlah bahawa setiap detik yang kita habiskan bersama adalah sebuah anugerah"

Setelah hampir 9 tahun saya berkhidmat di TMC akhirnya saya melangkah keluar untuk mengambil pengalaman baru atas tawaran yang diberikan. Tetapi masih lagi diteruskan dalam bidang pendidikan seperti mana titik permulaan awal saya di TMC. Banyak kenangan pahit, manis, suka , derita, gembira yang telah dilalui hampir 9tahun. Dari Baling hinggalah memilih untuk masih bersama TMC di Pengkalan Hulu. Pertama sekali ingin saya kongsikan selama berkhidmat di TMC adalah hubungan kasih sayang yang sangat tinggi saya perolehi bermula dari susuk tubuh yang paling utama iaitu Teacher Lam, diikuti rakan sekerja dan disuburkan lagi dengan ahli keluarga yang menghantar anak-anak mereka di TMC. Walaupun berlainan agama dan bangsa, pergaulan serta hubungan yang akrab dapat dicipta tanpa sengaja. Saya bersyukur dapat mengenal orang orang baik di sekeliling saya semenjak dari awal hingga akhir saya bekerja.

Pengalaman bekerja yang tidak boleh dibeli. Banyak benda saya pelajari selama berkhidmat di TMC, dari awalnya yang tidak mempunyai pengetahuan dari pelbagai sudut akhirnya dapat menguasai lebih dari asalnya. Pelbagai dapat saya pelajari dan menuntut ilmu serta perkongsian yang telah diberikan seperti pengetahuan dalam menjadi seorang pendidik, pengetahuan dalam menjadi seorang pentadbir, pengetahuan dalam hubungan kasih sayang serta pengetahuan bagaimana untuk melahirkan generasi yang baik di masa hadapan.

Apa yang saya perolehi di TMC, tetap saya teruskan untuk dibawa ke mana pun saya berada kerana apa yang didapati di TMC tidak akan sama di mana pun saya berada . Dari TMC juga saya diberi peluang dan rezeki untuk sambung pelajaran saya dalam dunia pendidikan sebagai seorang tenaga pengajar, sokongan serta dorongan yang diberikan membuat saya terus melangkah dan berjaya menamatkan pengajian saya walaupun susah untuk ditelan. Dari TMC telah mengajar saya banyak benda, dan di TMC jugalah titik permulaan saya sebagai pendidik hinggalah sekarang. TMC sentiasa di hati saya.

Salam perpisahan, semoga TMC terus maju jaya dan terbang tinggi hingga ke awangan💕

Teacher Testimonial

Intan Noratika Binti Razali (Guru Tadika Kemas)

(2016 – 2023)

"首先要谢谢Teacher. Lam,给与我机会加入小太阳这大家庭.我在这大家庭已经有十个年头了,虽然我有很多绊脚石阻挡了我的前进,但看到孩子的成长,我看到了生命影响生命的轨迹。我明白,教育不是抽象的名词,她是美丽的动词,在生命与生命的短暂交会中,因彼此真诚相待而绽放光芒,而看似缘分结束的那一刻,这道光,将引领他们开启生命另一段的旅程。在此借这个机会要感谢Tchr. Lam的包容和教导.也要感谢和我一起并肩作伴的伙伴 Tchr. Kogi, Tchr. Kwanchit, Cikgu Intan, Cikgu Bella, Cikgu Kyra, Cikgu Aina, Cikgu Siti, Tchr Ngai... 谢谢你们, 爱你们噢❤"

Fun Swee Fong

(2014 – currently)

"Selama 8 tahun di TMC sebenarnya banyak sangat pengalaman yang saya dapat. Suasana pembelajaran di TMC memang tidak dapat di tadika lain. Tahap penguasaan budak dan cikgu-cikgu memang terbaik bagi saya, yang penting dalam TMC juga banyak terapkan nilai-nilai murni yg baik yang boleh menjadi contoh buat saya. Saya dapat lihat perbezaan setelah tinggalkan TMC dan setelah menjadi seorang ibu."

Siti Aiessah Binti Hashim

(2010 – 2017)

"Sebagai seorang guru baru di Tadika Matahari Ceria, saya berasa sangat beruntung diterima bekerja di sini kerana suasana di TMC sangat welcoming. Walaupun masih baru di sini, saya berasa diterima bukan sahaja sebagai pekerja tetapi sebagai 'keluarga baru'..

Dan bagi saya, 'suasana tadika' di sini sangat kondusif untuk anak-anak belajar pelbagai aspek yang bukan sahaja menyentuh bab akademik, bahkan cara hidup, adab yang baik dan juga sesuatu yang berguna untuk anak-anak ini belajar, yang semestinya akan digunakan sepanjang proses mereka meningkat dewasa."

Nur Aina Syafikin Binti Mohd Zaini

(2024 – Currently)

"Duku dibungkus daun talas,

Jadi cikgu harus bekerja dengan iklas.

Beli mangga di Petaling Jaya,

Semoga TADIKA selalu berjaya."

Yanti

(2007 – 2017)